KASIH sedang duduk bersendirian di hujung sudut depan kelas. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku yang sedang dibeleknya. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali-kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. Pasti!!
Dari jauh CINTA yang duduk di meja sudut belakang KASIH sudah lama memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu rehat sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di kelas sahaja. Sudah lama CINTA meminati KASIH tapiCINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH, menyayangi KASIH, biarpun dalam diam. Setelah lama memerhati, CINTA lantas sedar, KASIH seakan menghadapi masalah besar. Wajah KASIH tidak seceria selalu, bagai di rundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA menghampiri KASIH.
KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH. Tapi apakan daya, CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang seorang yang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. Dibiarkan KECEWA berlalu sepi.
Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH, sahabatnya KASIH, menghampiri KASIH. SEDIH mengajak KASIH keluar, ke kantin barangkali. CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini, CINTA bersiap-sedia, pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. Ye, inilah masanya. CINTA lekas mengejar mereka.
"KASIH…KASIH...KASIH..." Tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH, menjerit nama KASIH.
"Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"
KASIH mengangguk...
"Iya...ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?"
Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.
"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"
"Apa? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan? KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, KECEWA pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."
KASIH ingin berlalu pergi.
"KASIH...KASIH...tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula. Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH."
"CINTA……nantilah KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapan KASIH. Tolong ye KASIH. Beri CINTA peluang. Tolonglah fikirkan. Berilah peluang untuk kita. Lupakan tentang orang lain. Tolong ye."
CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.
KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa-apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungkin KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka-lara.
"CINTA, maafkan KASIH. KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA. KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama. Lagipun, KASIH pasti, CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA. Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita. Maafkan KASIH ye CINTA... Maaf…”
KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya. Sepi berlalu di hati CINTA.
“CINTA!! Kenapa CINTA tercegat di situ? Mari temankan WAKTU. WAKTU ingin bawa CINTA berjumpa GEMBIRA. Cepat, nanti terlewat pula. Rehat dah nak habis ni. ”
Sahabat baik CINTA, WAKTU datang menyapa sambil menepuk-nepuk bahu CINTA.
“WAKTU, CINTA rasa sunyi. Kenapa CINTA masih sendiri?”
“Sebab… Hanya WAKTU lah yang tahu betapa bernilainya CINTA. WAKTU kan ada. WAKTU pasti sentiasa menemani CINTA sampai bila-bila. Janji!”
GEMBIRA... Cepatlah kau hadir menemani CINTA…
TAMAT.
Naib Johan Cerpen BM
Hari Guru 2009

14 kelip-kelip:
tahniah tahniah tahniah atas kemenangan kisah kasih dan cinta.....
ghee~
thankiu..
so sweet
duka pon slalu gak hadir dlam diri cinta
wah dear u pnye cerpen ke???
congrate!!
joegrimjow,
aah kan.
terlupa nak masukkan duka.
tp cukuplah dah ade kecewa ngn sedih.
nnt bertambah lara plak.
hiks~
cik jannah,
hehe.
malu la nak ngaku.
tp thankiu.
ghee~
tahniah..
wah.. kreatif... sepatutnya boleh jd juara... :)
helmie affandi chew,
thankiu..
naz,
juara lagi kreatif.
pakar bahasa buat.
mana boleh lawan.
huu~
wah cik ja menang! tahniah! buleh banje mamam! :P kekeke!
best citenye... :) cian cinta... ish3...
hehe.
suke2.
thankiu..
blanja mee mamak bile2 bole.
hiks~
wow..nice story..(^_^)
turtl3,
ghee~
thankiu..
Post a Comment